Salmah : Uit Bedah, hang cerita apa ni???Aku tak paham???
Bedah aka aku lah: Lah hang tak taw ka... Tak taw p google lah...
Hah, sape yang tak tahu tu, g cepat-cepat google...
Aku buka topik ni bukan nak cerita pasal benda tu, aku just nak kongsikan pendapat aku ni..Yelah, too many negative comment yang aku baca..Ada yang salahkan budak perempuan tu, n ada yang salahkan mamat korea tu... N sebagai manusia yang penuh dengan kesilapan (akulah bukan orang lain), aku juga turut mengutuk budak-budak perempuan tu pada mula-mula tengok video tu... Tapi, lepas aku fikir-fikir balik,sebenarnya nak kata salah pun tak boleh, nak kata tak salah pun tak boleh....
Jadi disini aku nak cakap pasal pandangan aku lah...
Iye,memang betul kalau diikutkan dari video n komen-komen orang yang datang tengok konsert tu, dia orang cakap budak perempuan tu yang tergedik2... Dalam video yang aku tengok tu pun nampak budak perempuan tu memang tergedik.. Tapi, cuba kalau kita yang duduk di tempat budak perempuan tu...( Bayangkan sekarang..Jangan bayangkan yang bukan-bukan ye...) Kita first time jumpa artis kegemaran kita...Kita memang fan (kipas susah mati) habis dengan dia..Hensem lak tu..Peluang yang mungkin the first n the last..Lain kali mungkin dah takde n tetiba kita dapat peluang naik ke atas pentas n dapatlah tiru parody-parody cerita romantic korea..(dipeluk dari belakang, dicium dahi n sebagainya).. Mungkin kita pun akan jadi macam tu..Terlompat-lompat....terkinja-kinja...Excited meh... So, boleh ke kita nak salah kan diri dia tu... Umur pun memainkan peranan juga...Mungkin budak-budak perempuan tu baru kenal apa erti hidup... Kalau aku di tempat dorang pun maybe itulah yang aku buat..Yelah masih budak2 lagi... Kalau la ni takdelah..Umur dah meningkat..Kubur dah dekat...Jadik, sebagai orang yang lebih dewasa,kita haruslah nasihat kan dorang..Tahu masa sekolah dulu,ada ambil pengajian pendidikan islam..Ustaz or Ustazah ada ajar..Apa hukum peluk orang bukan muhrim... Tapi, korang masa belajar dulu tumpu perhatian tak..Sebenarnya, bukan salah sesape.. Cuma salah perasaan masa tu, Aku tahu dalam hati dorang cakap macam ni.."Eh, boleh ke peluk? Ustazah kata haram...Tapi ni peluang"..N syaitan pun masukkanlah jarumnya" Huhuhu...ala peluk je,,,Kamonlah konsert kot ni"..N kerana kurangnya iman dalam hati maka adenga tersebut pun berlakulah.....
Seterusnya, ada pandangan yang mengatakan mamat korea tu salah... Salah??? Bagi aku dorang tak salah...Sebabnya dorang tu orang Islam ke??? N lagi satu dorang tu Orang Malaysia ke?? Kalau Chinese or Indian di Malaysia, lainlah,Sebabnya dorang dah dari kecik dah sekolah n bergaul dengan orang Islam Malaysia..N sikit-sikit dorang tahu larangan-larangan dalam Islam.. Ni tak,yang korang-korang (bukan orang yang baca blog aku ni ye) salahkan tu orang Korea..Luar dari Malaysia..Kurang pendedahan dengan Islam...Di negara dia peluk-peluk,pegang-pegang,cium-cium dahi tu tak salah..Boleh buat...Lagipun menurut saksi-saksi...(Ceh macam polis pulak) MC n artis tu ada tanya dekat budak perempuan tu( aku tak sure cerita ni betul atau tak...Kalau saksi-saksi tu tipu,makanya aku tipu korang) boleh peluk atau tak... So,korang pikirlah mamat korea tu betul ke salah........
Lagi...mak kepada budak tu..Menurut dari sumber facebook..(aku hanya baca title..Malas nak baca isi kandungan).... Mak budak perempuan tu menangis-menangis anaknya dicabul...WHAT!!!!DICABUL..WTH.... di khalayak ramai... Yang ini aku memang salahkan mak nya...Asal makcik nak nangis lak??? Makcik nak mamat korea tu mengaku salah ke??? Cuba makcik pikir sape yang bagi kebenaran budak tu keluar...Sape yang bagi kebenaran anak makcik tu keluar pegi tengok konsert kumpulan
Yang aku heran bin ajaibnya ni, isu budak perempuan unknown yang dipeluk,dicium didahi n sebagainya korang jadikan isu paling sensasi di abad ini...Habis, yang babak dalam drama-drama melayu tu korang tak nak lak jadikan isu...Babak suami isteri...Setahu akulah,memang lah dorang tu suami isteri tapi di dalam drama....Diluar tak kot...Ada je kot babak peluk-peluk, cium-cium dahi, pegang-pegang tangan,tidur satu katil... Tak nak lak korang jadikan isu...Tahu tak salah satu punca mengapa budak-budak perempuan tu boleh tertarik buat adengan macam tu dekat atas pentas adalah berpunca juga dari babak-babak dalam drama tu...Okay, aku tahu ada yang akan kata, artis tu berlakon je kot..Tu dah keje dorang...mmmm setahu aku masa aku belajar agama Islam dulu,ustazah takda cakap,kalau kita pelakon or kita berlakon sentuh-sentuh,peluk-peluk dibenarkan..Sebabnya itu kerja kita... Takda ek...So, isu-isu macam tu takdelah "korang" besar-besarkan sampai nak denda...("korang" tu korang pikir sendirilah siapa....Tak nak sebut nama..Nnt kena saman)...Sehingga cakap aksi peminat2 yang melampau ni boleh meruntuhkan moral...Habis aksi artis-artis di pentas terbuka atau di drama-drama tu tak meruntuhkan moral... Baju-baju yang artis-artis ni pakai pun takdelah senonoh sgt..Ada yang pakai tu siap boleh nampak vcg kot....Adakah disebabkan diaorang tu artis "korang" takut nak saman...Siap budak-budak kena kaunseling kot..Habis artis-artis tu tak nak kaunseling...
So, aku rasa aku dah keluarkan segala pandangan aku..Terserahlah kat korang nak mentafsirkan nya... Ini pandangan aku suka hati akulah...Blog aku kot.... Kepada makcik tu,maaf sekiranya komen saya agak kasar..Tapi apa saya rasa itulah.... Kita sepatutnya bagi sokongan moral kat budak tu...Janganlah menghentam dia...Bayangkan perasaan dia... Janganlah kita menjadi minyak yang menyemarakkan lagi api...Kita sepatutnya mengambil iktibar bukannya menghentam dia....Kepada budak-budak perempuan tu jangahlah terlampau fanatik sangat..Aku tak cakap apa yan korang buat tu tak salah..Benda tu tetap salah...Janganlah murahkan sangat diri tu...Setiap kipas susah mati dalam diri korang terhadap kumpulan pleaselah control sikit..Supaya agama islam ni tak dipandang serong..Aku pun minat korea tapi takdelah sampai sanggup berhabis duit nak g konsert dia semata-mata nak naik atas pentas n dipeluk..Baik aku simpan duit,g melancong kat korea..Kot-kot dapat jumpa mamat korea yang nak diangkat jadi laki....Lagi bagus...
So, see u next time...
P/S: Cerita diatas sebagai titipan sahaja..Tak yah nak emosional sangat....Yang tak suka KPOP x payah nak bajet cool sgt..Suka hati lah...Hak individu kot...