Monday, August 29, 2011

Hari Raya Menjelma Lagi

`Berlalulah sudah Ramadhan sebulan berpuasa,
Tiba Syawal Kita Rayakan Dengan Rasa Gembira,
Anak Muda Di Rantauan,
Semuanya Pulang Ke Desa,
Ibu Dan Ayah Keriangan,
Bersyukur Tak Terkira....'

Allahamdullilah, setelah sebulan kita berpuasa, menahan lapar dan dahaga...Akhirnya tibalah waktu dan ketika nak sambut raya. 
Wah,tak sabarnya aku nak tunggu esok pagi.Nak g jalan sambil-sambil kutip duit raya. Tapi ada ke orang nak bagi duet raya ke aku??? Apa-apa pun yang pastinya aku memanglah kena bagi duet raya. Yelah dah keje.

So, ucapan raya aku ingin sampaikan kepada:
Ibu bapa, Angah,Awi,Maksu, Paksu,Mak Lang,Mak Ngah,Pak Ngah,Papa,Mama Siti,Atuk,Wan,Along Nizam,Kak Ain,Paie,Ayie,Ajib,Nadhirah,Nabila,Hafizi Budak Kecik,Yuyu,Nor,Mamat,Ashraf,Piya,Mira n Mirul. Tak lupa juga buat kawan-kawan aku dari sekolah tadika sampailah sekarang.(Nak sebut satu-satu mau tak tido 3hari 2 malam). Yap,tak lupa juga buat keluarga belah Kedah (Adikmu ISmail tak balik raya kat Kedah tahun ni). N semua yg mengenali keluarga Cikgu Ismail n Cikgu Zuraidah...

Jadi,terima lah lagu raya ini dari Anuar Zain & Ellina : Suasana di Hari Raya....(Minat lagu ni sebab ada Anuar Zain)








Saturday, August 20, 2011

Baru Jumpa

Aku baru jumpa satu short film ni dekat Mr Youtube.Mmg bes bangat...So, saje je nak letak dalam blog....

Enjoy.....



Actually, dia punya short film banyak lagi. Cerlah try type kat Mr Youtube. Tekan huruf `mentolpecah' dekat keyboard...Tengok aper yg kuar dekat Mr Youtube. Tapi mmg bes lah dorank punya short film..(bagi aku)....

Tuesday, August 16, 2011

Nuzul Al-Quran

Assalamualaikum....

Kali ini entri agak baik sikit. Esok, bagi negeri Selangor adalah hari cuti umum sempena hari Nuzul Al-Quran. Oleh yang demikian, walaupun aku ni bekerja di daerah Putrajaya tp disebabkan company aku tertakluk pada jajahan negeri Selangor makanya aku dptlah berehat-rehat di rumah esok.

Serba sedikit tentang Nuzul Al-Quran. Aku amik semua ayat ni dr wikipedia....

`Peristiwa Nuzul Al-Quran merupakan peristiwa turunnya ayat al-Qur'an yang pertama kepada Nabi Muhammad s.a.w. hingga seterusnya berperingkat-peringkat menjadi lengkap sebagaimana kitab al-Quran yang ada pada hari ini. Peristiwa Nuzul Al-Quran berlaku pada malam Jumaat, 17 Ramadan, tahun ke-41 daripada keputeraan Nabi Muhammad s.a.w. ketika baginda sedang beribadat di Gua Hira, bersamaan dengan tanggal 6 Ogos 610M. Perkataan "Nuzul" bererti turun atau berpindah dari atas ke bawah. Bila disebut bahawa Al-Quran adalah mukjizat terbesar Nabi SAW maka ianya memberi makna terlalu besar kepada umat Islam terutamanya yang serius memikirkan rahsia al-Quran.

Ayat al-Quran yang mula-mula diturunkan Allah kepada Nabi Muhammad s.a.w. melalui perantaraan Malaikat Jibril ialah lima ayat pertama daripadaSurah Al-Alaq.'

Jadi,bersama-samalah kita merajinkan diri mengaji Al-Quran dan semoga kita semua mendapat keredhaan dr Allah SWT...Wassalam.....







Saturday, August 13, 2011

Ramadhan

Assalamualaikum....

Rasanya belum terlambat lagi aku ingin mengucapkan selamat menyambut bulan ramadhan yang penuh keberkatan ini.
Sebenarnya, di sudut hati aku yang kecil ini, aku dah cuba membuat azam baru untuk Ramadhan tahun ini.
Apa azam aku tue???

Azam aku untuk Ramadhan tahun ni,aku nak berubah jadi baik tp boleh ker???
Ah, aku pun malas nak tulis panjang2,jadik aku letak je satu filem pendek yg aku curi dr Mr Youtube...Harap2 Mr Youtube tue tak tahu..Kalau beliau tahu mau aku saman malu plak...

K..Hope lepas tengok short film diri anda akan berubah.....(Nasihat tuk diri aku sebenarnya)...












Rindu kat hameram yg handsome.(hameram yg suruh tulis)

Ye,entri kali ini dibuat khas utk budak nama hameram ahmad. Ini disebabkan dia merajuk bila aku tak tulis nama dia dlm senarai org yang aku rindu.

Jadik, to hameram ahmad..Ye aku rindu jugak kat ko..Bila sehari tak berjumpa n bercakap dgn ko,dunia ibarat gelap gulita...Sila rujuk gmbr dibawah...


Jadik,rajin2lah jenguk aku kat makmal tue..Nnt aku rindu giler2 dekat ko....

P/S: Semasa entri ini dibuat, keadaan aku agk kucar-kacir sbbnya aku asyik pitam n muntah2 disebabkan tak boleh terima dengan setiap ayat yg aku tulis dekat ats td...Semua perkataan di atas di tulis atas paksaan dr pihak yg bernama Mohd Hameram Bin Ahmad.
N for u hameram, aku still takde boyfriend. Jd tolonglah carikkan untuk aku. Kalau boleh cr yg kaya,byk duet,ada rumah besar,ada ramai bibik n yg penting ada keta honda spt gambar di bawah.



Tapi apa2 pun kalau aku dh ada boyfrenz, ko lah org pertama yg aku bgtau...Erm, tp ada ke org nk kat aku?????

Monday, August 8, 2011

Rindu........UUUUU

10 perkara yang selalu aku rindukan dalam hidup ni, terutama selepas aku keje kat tempat keje aku skunk ni.

Yang Pertama

Aku rindukan abah,ibu,angah,awi n arwah abang.Walaupun aku tak pernah sempat bertemu dengan arwah abang tapi aku tetap anggap dia abang aku yang paling best. Semoga aku dapat berjumpa dgn arwah abang kat akhirat nanti. Tp, arwah abang kompemlah masuk syurga jadik camni aku nak jumpa dia? Harap2 aku still dpt jumpa dia kat sana nnt....

Yang Kedua
Aku rindukan semua benda n kenangan aku masa kat Tawau, Sabah...Kwn2 aku terutamanya Shazreena...Aku dah lama lost contact dgn dia. Hopefully dapat jumpa dia lagi. Tawau sebuah tempat yang paling best in d world....Kenapa aku perlu balik semenanjung??????

Yang Ketiga

Aku rindukan kenangan aku masa form 2 n form 3...Mmg bez giler tahun tue..Walaupun aku ada bertekak giler2 gn sorang member aku ni namanya Shanawi tapi bila naik form 3 kitaorg boleh je kawan.No more gaduh2....Sebab masing2 dh matured. N kenangan paling best masa tue boleh je nak secret admire kat sape2..Takde org nak marah....Uuuuuu...Ni kalo kak chik n ain baca maut dia gelakkan aku...

Yang Keempat

Rindu dekat kak chik, ain n aizul....Dorank ni mmg best frenz aku 4everlah....Woi, kak chik n ain korank duduk elok2 kat damansara tue..Jgn asyik nak merayap n g karaoke.N jgn nak g jumpa aizul tp tak ajk aku..Nnt aku merajuk 10 saat baru taw.

Yang Kelima

Aku rindukan kenangan aku dekat UNIKL-MICET.Fiza Ariff, Pija Dolah n Iman Daud dan last but not least is Maryam Nor Hana....Korank roommate aku paling best n gila2.....

Yang Keenam

Aku rindukan kenangan aku dekat INSTEP.Walaupun kat INSTEP aku macam tggl dalam penjara tp tetap best sebab aku dpt roommate paling mantop...Liza....Aku tak sangka aku boleh dpt roommate yang paling memahami aku.Nasib baik aku dtg awl n nasib baik dia pun dtg awal..Liza ko mmg best tahap limau mandarinlah...Lagi satu aku betul2 tak sangka aku dpt geng kat INSTEP yang satu kepala kaki n lutut dgn aku...Liza,Thira(wpn aku tgh mrh kat ko,tp aku still rindu kat ko),Mimi,Mek,Huda,Waklu,Baboon n Budak yg sebilik gn baboon (sorilah dik,akak lupa nama ko lak tp akak still igt muka ko).N aku rindu dgn kenangan menari zapin untuk hari guru gn namie the geng...

Yang Ketujuh

Aku rindu dengan abg lan,gebu,mat ju,abg nash,abe,abg mat khairi,pak jali (yg suka photostat),abg fuad(rindu dgn lawak abg fuad), abg farouk yang malas nak gerak n tak lupa kak niza....Korank mmg bes n byk ajr aku.

Yang Kelapan

Aku rindu banget sama HASNIZA...Dia nilah kawan waktu aku susah senang..Waktu aku nangis pun dia ada. Tak sangka walaupun masa kat UNIKL-MICET kitaorg langsung tak tegur tapi akhirnya jadik rapat...Has, aku betul2 sayang kat ko..Jg diri bebaiknye.Rindu nk makan MCD dgn ko..Jangan lupa bawak Mia Hani Umaira tue jmpa aunty dia yg paling cute ni

Yang Kesembilan

Aku rindu dengan Siti Nurhana. Dialah kawan pertama aku untuk keje pertama aku yg betul2..Walaupun dia baru je kenal gn aku, aku blh cite semua benda gan dia n dia layan jer aku..Tanpa jemu..Hana aku rindu kat ko..Duk Penang tue bes2 ek. N tak lupa aku rindu sama Faezah,Nawwal n Siva..Miss yo gal...

Yang Akhir

Aku rindu dengan diri aku yang dulu. Aku tak suka dengan keadaan aku skunk...Kenapa aku pilih jalan yang ini?????

LAGU BERTAJUK I MISS YOU persembahan dari Miley Cyrus..Gua download secara free....


Thursday, August 4, 2011

Warkah!!!

Warkah ini ditujukan kepada orang yang tengah marah kat aku tue...


Kepada ko yang tengah marah kat aku,


Kenapa???Kenapa ko masih marah kat aku???Aku kan dah minta maaf kat ko. Aku x sengaja nak marah kat ko ari tue, tapi aku naik marah tue pun berpunca dari sikap ko juga. Ko telah menyebabkan hati aku yang mempunyai taman permainan dan bunga ini terluka. Habis roboh buaian dan gelongsor yang dibina. 


Kepada ko yang tengah marah kat aku,


Tolonglah maafkan aku...Semenjak ko mengadakan perang dingin dengan aku dunia seakan2 sunyi. Aku setiap hari tensen dan asyik termenung. Kalau ko tak percaya tengoklah gambar aku yang aku kepilkan kat surat ni.



Kepada ko yang tengah marah kat aku,


Sudah-sudahlah marah kat aku tue. Aku tahu aku selalu buat ko sakit hati n selalu marah2 kat ko tapi percayalah aku tak pernah betul2 marah kat ko,sebabnye kita kan kawan. Sejak ko melancarkan perang dingin ke aku, dunia aku betul2 sunyi. Tiada lagi kawan nak gaduh hari2...


Kepada ko yang tengah marah kat aku,


Pleaselah berhentilah marah aku....Baeklah mulai saat ini, aku akan cuba untuk membuang perangai kurang sopan aku ini. Please, maafkanlah aku...I want ur smile back to me....




Kepada ko yang tengah marah kat aku,


Sampai disini sajalah warkah ku kepada mu sebabnya aku nak g masak nasi untuk sahur esok. Nnt kalau aku tak makan tyme sahur , aku lapar dan akan marah2 pulak. Jadik, aku berharap moga2 ko akan maafkan aku wahai kawanku....


Gua adios dulu.....Bye....


P/S: Pecah kaca Pecah Gelas,
     Lepas Baca, Harap Balas....