Assalamualaikum....
Kali ini entri agak baik sikit. Esok, bagi negeri Selangor adalah hari cuti umum sempena hari Nuzul Al-Quran. Oleh yang demikian, walaupun aku ni bekerja di daerah Putrajaya tp disebabkan company aku tertakluk pada jajahan negeri Selangor makanya aku dptlah berehat-rehat di rumah esok.
Serba sedikit tentang Nuzul Al-Quran. Aku amik semua ayat ni dr wikipedia....
`Peristiwa Nuzul Al-Quran merupakan peristiwa turunnya ayat al-Qur'an yang pertama kepada Nabi Muhammad s.a.w. hingga seterusnya berperingkat-peringkat menjadi lengkap sebagaimana kitab al-Quran yang ada pada hari ini. Peristiwa Nuzul Al-Quran berlaku pada malam Jumaat, 17 Ramadan, tahun ke-41 daripada keputeraan Nabi Muhammad s.a.w. ketika baginda sedang beribadat di Gua Hira, bersamaan dengan tanggal 6 Ogos 610M. Perkataan "Nuzul" bererti turun atau berpindah dari atas ke bawah. Bila disebut bahawa Al-Quran adalah mukjizat terbesar Nabi SAW maka ianya memberi makna terlalu besar kepada umat Islam terutamanya yang serius memikirkan rahsia al-Quran.
Ayat al-Quran yang mula-mula diturunkan Allah kepada Nabi Muhammad s.a.w. melalui perantaraan Malaikat Jibril ialah lima ayat pertama daripadaSurah Al-Alaq.'
Jadi,bersama-samalah kita merajinkan diri mengaji Al-Quran dan semoga kita semua mendapat keredhaan dr Allah SWT...Wassalam.....

No comments:
Post a Comment