Wednesday, June 13, 2012

I'M Leaving Konsortium ABASS

Nurul Ayuni Ismail
No 22, Jln Belida 1, Tmn Bukit Chedang Fasa 2,
70300 Seremban, Negeri Sembilan
__________________________________________________________

Kehadapan kawan-kawanku,

Mulai 12 Jun 2012, berkuatkuasa selama sebulan adalah saat-saat terakhir ku di Konsortium ABASS Sdn Bhd. Ini adalah kerana, tepat saat dan ketikanya pada 11 Julai 2012, saya Nurul Ayuni Ismail akan meninggalkan Loji Pembersihan Air Sg Semenyih aka Konsortium ABASS Sdn Bhd buat selama-lamanya. Ini berikutan kerana, saya telah mendapat satu peluang pekerjaan baru sebagai `Assistant Chemist je' di SAINS iaitu Syarikat Air Negeri Sembilan berkuat kuasa 12 Julai 2012.

Jadi, impian saya untuk memblahkan diri ini dari Loji Pembersihan Air Sg Semenyih akhirnya tercapai. Namun walaubagaimanapun, saya tetap merasa sedih kerana bakal meninggalkan suasana kerja yang mesra alam di Loji Pembersihan Air Sg Semenyih. Di sudut hati saya terdetik perasaan risau andainya keadaan di SAINS agak berbeza dari di Loji Pembersihan Air Sg Semenyih. Saya hanya mampu berdoa semoga keadaan baik dan terkawal.

Kepada semua warga kerja Loji Pembersihan Air Sg Semenyih saya disini dengan berbesar hati ingin memohon maaf andainya selama saya bekerja di sini ada menyebabkan anda2 semua terkecil atau terasa hati. Semoga perkenalan kita semua tidak terhenti pada 11 Julai 2012.

Kepada rakan-rakan yang berada di luar dan yg tak sempat nak melawat rumah saya di Kajang. Maaflah peluang anda semua telah tertutup. Jikalau, anda-anda semua ingin melawat saya bolehlah pergi ke alamat di atas.

Sekian, terima kasih.

Yang benar,
Nurul Ayuni Ismail.

No comments:

Post a Comment